Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lisa Surihani Teringin Kendali Program Bual Bicara Soal Jawab Agama

today25 September 2022

Background

Pelakon Datin Lisa Surihani mengakui menyimpan hasrat untuk mengemudi program bual bicara sendiri berbentuk soal jawab agama.

Menurutnya, itu adalah impian beliau terutama sekali apabila dapat mewakili masyarakat dalam menjawab kemusykilan mereka berkaitan ilmu agama.

“Kalau ada program bual bicara sendiri, terutamnya soal jawab agama mewakili masyarakat itu yang saya cukup idam-idamkan.

“Mungkin kerana saya banyak menyertai kelas dan seminar, jadi sedikit sebanyak menambahkan minat saya untuk lebih meneroka ilmu agama seklaigus dapat menjadi lidah kepada masyarakat yang mungkin ada persoalan berkaitan agama. Dan itu pasti menyeronokkan,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Lisa berkata, setakat ini tawaran berlakon memang tiada. Namun, itu tidak bermaksud beliau mahu bersara.

“Dalam bidang lakonan tiada. Bukan mahu bersara, cuma belum sampai seru. Kalau boleh saya mahu menceburkan diri dalam bidang pengacaraan,” jelasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

ARTIKEL BERKAITAN:Lisa Surihani Tak Cenderung Anak Terlibat Dalam Bidang Lakonan – “Teringin Untuk Melihat Anak Berjaya Sebagai…”

ARTIKEL BERKAITAN:Lisa Surihani Selamat Bersalin Baby Boy, Yusry Tak Sangka Dapat ‘Birthday Present’ Sempena Hari Ulang Tahun

 

Sumber: Utusan

Written by: Salma


Previous post