Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Little Miss Khan Menghilang? Neelofa Dedah Puncanya

today25 July 2022

Background

Semenjak ‘kehilangan’ pempengaruh media sosial yang juga adik kepada usahawan selebriti Neelofa, Ameera Khan dari laman sosial Instagram miliknya, pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan warganet.

Bahkan, ada antara mereka mengakui rindu untuk melihat fesyen dan perkembangan terkini Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK).

Justeru itu, bagi menjawab persolan mengenai ‘kehilangan’ Ameera, Neelofa sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini adiknya yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Neelofa, Ameera kini sedang berehat untuk mencari haluan dirinya.

“Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu.

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan β€˜take a step back’,” katanya.

Sementara itu, Neelofa mengakui ini bukanlah kali pertama Ameera bertindak memadam akaun Instagramnya kerana sebelum ini adiknya itu juga pernah melakukan hal yang sama.

“Seebnarnya benda ni kan dah pernah jadi… Sebagai kakak saya melihat dia membesar. Membesar pula berbeza masa zaman saya. Lgaipun masa umur 22 tahun dia dah dapat limelight lagi awal dari saya.

“So dia tak sempat nak take a step back, nak tengok mana yang kurang dalam hidup, apa yang kena diperbaiki. So, benda tu lah yang membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada mahu mengenali diri,” jelasnya.

Neelofa turut memberitahu, adiknya itu ada menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang fesyen.

 

ARTIKEL BERKAITAN:β€œPesen Apa Pula Ni Baby…” – Tampil Pakai Bandana, Ramai Tegur Ameera Khan Lepas Ni Jangan Salahkan Netizen Sebab…

ARTIKEL BERKAITAN:Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – β€œDia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Rakam Babak β€˜ House Of Gucci’, Ameera Khan Dikritik Gara-Gara Kek Batik Keras

ARTIKEL BERKAITAN:Baju Terlampau Ketat Sampai Nampak Bentuk Badan, Netizen Dakwa Ameera Khan Besarkan Payudara

 

 

Sumber: Gempak

Written by: Salma