Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menasihati Ahli Parlimen jangan melemparkan tuduhan tanpa melihat sendiri apa yang berlaku.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen beragama Islam tidak melemparkan tuduhan tanpa melihat sendiri apa yang berlaku, susulan perkataan “liwat” berulang kali dibangkit seorang Ahli Parlimen pembangkang.
Beliau berkata demikian selepas Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengemukakan peraturan mesyuarat berkaitan “serangan jahat” mengenai perkataan “liwat” diungkit Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bertujuan mengaibkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Saya ingin menasihati ahli yang berhormat khususnya orang Islam…kita tahu apa hukum menuduh orang tanpa melihat sendiri apa yang berlaku.
“Jadi, saya haraplah yang berhormat orang…