Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Liyana Jasmay Kritik Content Creator Yang Mengutuk FIlem Tempatan

today23 September 2024

Background

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay berang apabila ada segelintir pencipta kandungan secara terbuka mengkritik karya filem tempatan.

Menerusi status di Instagram Story (IGs), Liyana menganggap individu yang membuat reviu negatif terhadap filem tempatan dikatakan sengaja mahu meraih publisiti atau menarik tarikan orang ramai.

“Bila semua nak review filem sebab nak engagement tinggi jadi kutuklah apa lagi. Tolong la semua yang kutuk-kutuk sebab nak engagement tinggi ke page awak, sangat basi!,” selarnya.

Dalam pada itu, aktres filem popular Papadom ini turut mempersoalkan kredibiliti pempengaruh atau pencipta kandungan itu dalam memberi komen berkaitan industri perfileman.

“Tiba-tiba awak kata peminat filem muzikal, muzikal filem apa yang awak dah tonton?,” tulisnya lagi.

Liyana berkata demikian dipercayai merujuk kepada reviu filem lakonan terbaharunya iaitu Baik Punya Ah Long yang ditayangkan sejak 12 September lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berjurai Air Mata, Liyana Jasmay Sebak Arwah Kedua Orang Tua Tak Dapat Tonton Filem Baharu – “Saya Dapat Tahu Ayah Hidap Kanser Semasa ‘Shooting’”

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Tersemat Adalah Memori…” – Liyana Jasmay Sambut Ramadan Pertama Tanpa Ibu & Bapa

Written by: Aqilah


Previous post