Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

LKIM teliti bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2

today29 March 2026

Background


Kenaikan harga bahan api meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut, kata LKIM.
CHUKAI:

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 susulan kenaikan harga diesel akibat krisis di Asia Barat.

Pengerusi Faiz Fadzil berkata golongan berkenaan antara yang paling terkesan memandangkan mereka tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi seperti nelayan Zon A, B dan C yang menerima subsidi pada kadar RM1.65 seliter.

Beliau berkata kenaikan harga bahan api itu meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut.

“Golongan nelayan Zon C2 memang perlu beli diesel pada harga industri, iaitu RM5.52 seliter. Mereka telah buat rayuan dan kami melihat apa kaedah terbaik untuk kami bantu golongan nelayan berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan majlis bersama nelayan di Kertih.

Pada majlis itu, 31 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasik menerima bantuan enjin sangkut,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post