
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata logo Barisan Nasional (BN) masih berbisa meraih sokongan pengundi pada PRU16 di sebalik cadangan mempertaruhkan lambang keris Umno.
Menyanggah pandangan seorang ahli akademik bahawa BN sebagai ‘entiti hampir lumpuh’, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata Umno perlu bergerak dalam sebuah gabungan besar sebagai bukti ia parti berbilang kaum.
“Logo BN masih relevan digunakan pada PRU16. Jika guna logo Umno menjadikan Umno dilihat parti solo.
“Umno perlu gabungan parti politik sebagai bukti Umno propolitik berbilang kaum. BN jenama masih berbisa. Cuma perlu penambahbaikan,” katanya kepada FMT.
Semalam, FMT melaporkan pandangan seorang ahli akademik, Azmi Hassan bahawa parti Melayu itu wajar menggunakan lambangnya sendiri pada PRU16 memandangkan simbol Umno dalam…