
PETALING JAYA: Pengenalan logo halal berlainan warna atau bentuk boleh menyebabkan produk tempatan sukar menembusi pasaran luar negara, kata seorang pemain industri daging halal.
Mengulas cadangan PAS itu, Pengarah FNF Golden Gate Sdn Bhd, Mujahid Che Hamid, berkata logo halal Malaysia sudah terkenal sebagai antara terbaik dan diyakini pengguna, dan sebarang perubahan hanya akan menimbulkan kekeliruan masyarakat dunia.
“Sebagai peniaga yang berada di pasaran, bila wujud rasis sebegitu, kita nak eksport pun akan jadi masalah sebab di luar pening kenapa dari Malaysia ada pelbagai warna halal.
“Mereka pun akan keliru…tak perlu tukar dah, sebab logo halal Malaysia pun sangat bernilai dan dicari di seluruh dunia,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Muktamar PAS ke-70 meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Jabatan…