
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan ibu tunggal itu hari ini selepas mendengar hujahan daripada peguamnya dan peguam yang hadir mewakili ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah.
Loh menangis selepas mendengar keputusan itu.
Beliau sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan semula anak perempuan kembarnya berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun, yang berada bawah jagaan pihak lain.
Tegasnya, beliau telah mendapat perintah Mahkamah Sivil bahawa beliau mempunyai hak penjagaan dan kawalan ketiga-tiga anaknya itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL