
BANGKOK: Mahkamah Thailand akan memutuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki Teow Wooi Huat akan diekstradisi, selepas Malaysia turut memfailkan permohonan ekstradisi ke atas usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu pada 20 Dis lalu.
Permohonan ekstradisi oleh Malaysia didengar oleh Mahkamah Jenayah Bangkok pada Khamis.
Peguam Juti Suanraksa berkata pasukan pembelaan akan menyerahkan dokumen diperlukan untuk Teow diekstradisi ke Malaysia.
“Kami ingin mengetahui mengapa Teow mesti diekstradisi ke China. Jika semuanya berjalan lancar, peluang Teow kembali ke Malaysia adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.
Teow ditahan pada 21 Julai tahun ini dan pada 1 Ogos dimaklumkan lelaki itu dikehendaki oleh pihak berkuasa di China kerana menipu pelabur menerusi skim pelaburan meragukan.
Lelaki itu dicari…