
PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook akan menemui pengurusan tertinggi pengendali kereta api, Prasarana minggu ini selepas meluangkan dua jam meninjau perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak tadi.
Katanya, beliau membuat lawatan mengejut itu dari 5 petang hingga 7 malam tadi.
“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana ingin mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang biasa untuk merasai apa yang perlu mereka lalui setiap hari.
“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa buat penumpang.
“Saya memahami kesulitan yang dihadapi penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana minggu ini untuk membincangkan hala tuju dan cara menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya di…