

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Malaysia Bhd, Amir Hamdan mengemukakan penjelasan terperinci berhubung rentetan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sejak awal Ramadan ini.
Beliau berkata, penjelasan itu perlu dikemukakan dalam mesyuarat pasca-Kabinet berserta pelan tindakan pemulihan segera bagi memastikan isu berkenaan tidak berulang.
“Rakyat berhak menuntut mutu perkhidmatan lebih efisien dan boleh diharap,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Loke turut mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap gangguan itu.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap Prasarana, sekiranya terbukti berlaku kelemahan operasi tidak munasabah.”
Terdahulu, media melaporkan…