
PETALING JAYA: Persaingan lebih tiga penjuru yang terdiri daripada pelbagai gabungan menjadikan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai pilihan raya paling sengit kerana peralihan undian yang sukar untuk diramalkan.
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, senario pada masa ini sudah berubah jika dibandingkan dengan gabungan yang paling kuat, iaitu Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang mempunyai simpanan tetap di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.
“Tapi sekarang, BN tak ada di Sabah dan Sarawak lagi dah. Daripada 14 parti, kini tinggal empat parti sahaja. Lepas PRU14, BN dah pecah dah. Parti-parti Sarawak keluar sendiri dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Di Semenanjung, kita ada tiga gabungan besar,…