

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mencabar Barisan Nasional (BN) menarik diri daripada kerajaan perpaduan, namun mendakwa gabungan itu tidak berani berbuat demikian kerana bimbang kehilangan jawatan dan pengaruh politik.
Berucap pada ceramah kempen PRN Melaka, Loke membalas kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi yang mencadangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen lebih awal daripada melakukan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan.
“Mandat untuk memerintah masih di tangan perdana menteri. Kalau tidak suka, boleh keluar kerajaan. Beliau masih mendapat sokongan majoriti.
“Walaupun saya meletakkan jawatan sebagai menteri, saya sudah memberi jaminan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong pentadbiran Anwar. Beliau kekal sebagai perdana menteri,” katanya.
Loke turut mempersoalkan mengapa BN masih…