

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan meletakkan jawatan sekiranya mereka tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.
Loke berkata semua anggota exco terbabit baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz pada awal Ogos lalu, susulan pembentukan kerajaan baharu pasca PRN Negeri Sembilan.
Ahli Parlimen Seremban itu turut mempersoalkan punca kuasa exco untuk mengiktiraf proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz serta seorang pengganti berkuat kuasa serta-merta.
“Sekiranya mereka kini tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka atas prinsip dan maruah, mereka sewajarnya meletakkan jawatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Loke turut menekankan DAP kekal berpegang kepada prinsip demokrasi…