Loke Siew Fook menawan sokongan pengundi Chennah pada PRU13 dan berjaya mempertahankannya pada PRU14.

PETALING JAYA: Pemimpin ‘heavyweight’ DAP, Loke Siew Fook mengumumkan beliau akan kekal di Negeri Sembilan dan mempertahankan DUN Chennah pada PRN akan datang.
Katanya, kaji selidik mendapati 90% pengundi dalam kalangan masyarakat Cina dan lebih 50% daripada masyarakat Melayu di situ mahu beliau terus mewakili mereka.
“Mengambil kira sentimen tempatan, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan Chennah,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Setiausaha agung DAP itu menawan sokongan pengundi Chennah pada PRU13 dan berjaya mempertahankannya pada PRU14. Loke juga merupakan Ahli Parlimen Seremban dan menteri pengangkutan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.
Pada PRU14, Loke menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS dengan majoriti 1,155 undi, apabila meraih 5,031 undi daripada…