SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kekal menerajui kepimpinan DAP Negeri Sembilan selepas sebulat suara dipilih sebagai pengerusi bagi penggal 2024-2027
Ahli Parlimen Seremban itu yang juga menteri pengangkutan dipilih dalam kalangan 15 jawatankuasa tertinggi yang baharu dipilih pada pemilihan jawatankuasa negeri bersempena konvensyen DAP Negeri Sembilan.
Beliau yang memegang jawatan itu sejak 2004 mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 571 undi daripada 658 perwakilan yang hadir.
Jawatan timbalan pengerusi kekal disandang oleh Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran.
Gunasekaran memperoleh sebanyak 482 undi.
Jawatan naib pengerusi pula disandang Adun Nilai, J Arul Kumar, serta Adun Bahau, Teo Kok Seong.
Arul peroleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan tersebut dengan 533 undi manakala Teo mendapat sebanyak 415 undi.
Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin, kekal sebagai setiausaha.
Bercakap kepada pemberita…