
Kerajaan melancarkan pelan hala tuju untuk memperkenalkan teksi udara dan perkhidmatan dron menjelang 2030, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pemain serantau dalam ekonomi altitud rendah yang sedang berkembang.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), yang menerajui inisiatif itu, diberi tanggungjawab membangunkan rangka kerja kawal selia yang komprehensif bagi menyokong integrasi selamat pesawat autonomi ke dalam ruang udara Malaysia.
“Rangka kerja kawal selia ini akan menyediakan asas yang diperlukan untuk menyokong integrasi ruang udara yang selamat, pengawasan operasi, pembangunan industri dan penyelesaian mobiliti masa depan,” katanya pada pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi Altitud Rendah (LAE) di sini.
Di bawah pelan itu, CAAM menyasarkan pelaksanaan terhad perkhidmatan dron kargo…