
PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menafikan dakwaan wujudnya kronisme dalam keputusan kementeriannya melantik tiga syarikat untuk menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor, sekali gus menamatkan monopoli industri Puspakom yang telah lama wujud.
“Kalau saya lantik syarikat kroni, takkan saya bodoh nak umumkan syarikat-syarikat ini secara terbuka?
“(Syarikat-syarikat ini) pohon dan dibuat penilaian oleh jawatankuasa teknikal bawah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),” katanya dalam sebuah video TikTok.
Minggu lepas, aktivis Ahmad Aliff AS Ahmad Shariffuddin mendakwa monopoli tiga dekad Puspakom dalam industri pemeriksaan kenderaan bermotor akan digantikan oleh syarikat kroni yang dikaitkan dengan kerajaan.
Kerajaan telah melantik Wawasan…