Save our Seashores Melaka (SOS Melaka) berkata menteri pengangkutan tidak mempertimbangkan bantahan dibangkitkan penduduk dan NGO sejak sembilan tahun lalu.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mendapat maklumat salah mengenai projek Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT), selepas beliau berkata kementerian sedang berbincang dengan kerajaan negeri untuk meneruskannya.
Save our Seashores Melaka (SOS Melaka) menyuarakan kekecewaan dengan pengumuman Loke, sambil berkata beliau tidak mempertimbangkan banyak bantahan dibangkitkan penduduk dan NGO dalam tempoh sembilan tahun lalu sejak projek itu dimulakan.
MICT melibatkan kerja penambakan bawah projek Melaka Gateway, pembangunan bercampur yang sepatutnya berada di empat pulau…