

Sebuah lokomotif tren kargo terbakar di KM4.75, laluan di antara Kempas Baru dan Pasir Gudang di Johor kira-kira 1.10 tengah hari tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan lokomotif M1004 itu mengendalikan tren kargo No. 193 bagi perjalanan dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Pasir Gudang, lapor Bernama.
Pemandu tren berkenaan telah mengambil tindakan segera dengan memberhentikan tren sebaik sahaja mengesan kebakaran pada lokomotif tersebut sebagai langkah keselamatan.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba pada 2.50 petang dan tiada kecederaan dilaporkan,” kata kenyataan itu.
Selain itu, pihak KTMB turut mengambil langkah-langkah keselamatan di kawasan terlibat sebelum sebarang pergerakan tren dibenarkan.
Menurutnya, lokomotif telah dibawa ke Depoh Kempas Baru bagi…