Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lombong pasir: SPRM rakam keterangan 20 saksi

today19 October 2024

Background


Azam Baki berkata, siasatan berkait isu MBI sedang giat dilaksanakan.

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 20 saksi telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu perlombongan pasir syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Agensi itu juga tidak menolak kemungkinan melakukan serbuan baharu ke atas mana-mana premis lagi jika ada keperluan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata pegawai penyiasat sedang giat menjalankan siasatan dari segenap aspek bagi mendapatkan bukti berkaitan kes itu.

“Mana-mana tempat yang mempunyai barang bukti menjadi tugas kepada pegawai penyiasat saya untuk mencari bukti berkenaan,” katanya menurut Bernama selepas Majlis Tamat Latihan Dan Pentauliahan Pegawai Integriti Muda (YIO) Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus.

Sebelum ini, Azam tidak menolak ahli politik terkait akan dipanggil pihaknya bagi siasatan lanjut.

Majlis hari ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post