
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim, terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik setiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, Kuala Berang, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM), bagaimanapun beliau hanya cedera ringan.
Maliaman yang cedera pada kaki diselamatkan bot penyelamat, sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat.
Menurut laporan Berita Harian, kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras, sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung…