Menerusi laporan Buletin TV3, lori tersebut dipercayai terbalik selepas dirempuh oleh sebuah lori lain sebelum ia terbabas di tepi jalan.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi. Namun, pemandu lori dan kelindannya yang berusia 40 dan 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, kelindan lori, Mohd Izzat Izzudin, 25 tahun memberitahu lori yang dinaiki bersama rakannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku dari arah belakang.
Katanya, ketika itu mereka dalam perjalanan untuk menghantar bekalan telur dari Raub, Pahang ke Kuala Terengganu.