
PETALING JAYA: Usaha menyelamatkan seorang pemandu lori yang membawa pasir seberat 40 tan mengambil masa hampir 12 jam, selepas lori yang dipandunya terbabas ke parit di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang, Johor Bahru pada pagi Sabtu.
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1, Mohd Suhaimi Jamal berkata, Rosnani Siam, 47, yang tertimbus dengan pasir, hanya dikeluarkan pada 8.11 malam Sabtu dan disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 8.51 pagi dan setiba di tempat kejadian, sebuah lori terbabas dengan sebahagian badannya berada di dalam parit.
“Kerja-kerja rumit terpaksa kita hadapi apabila bahagian hadapan lori itu terbenam hampir 12 kaki (3.6m) ke dalam parit yang dipenuhi air.
“Kita terpaksa menggunakan kren seberat 350 tan untuk mengangkat lori pasir berkenaan,” katanya dipetik Bernama di lokasi…