

Penutupan lorong kiri kawasan tanah runtuh di KM263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan akan dilaksanakan dengan pemasangan kon keselamatan dari KM262.8 hingga KM263.8 kira-kira 1km.
Ketua Polis Perak, Alwi Zainal Abidin, berkata penutupan lorong itu sebagai langkah berjaga-jaga dan aliran trafik bertentangan belum diaktifkan ketika ini, dengan pergerakan trafik dipantau dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan di lokasi.
“Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan vista point akan difokuskan ke lokasi kejadian bagi membolehkan pemantauan berterusan terhadap keadaan kawasan tanah runtuh dan pergerakan trafik di laluan itu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, polis dan PLUS Malaysia Bhd serta agensi berkaitan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya memandu…