
PETALING JAYA: Pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), hari ini, berkata akan membuka semula lorong SmartTAG, yang digantikan dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID).
Katanya, sebanyak 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol akan dibuka semula sebelum 25 Januari untuk kelancaran trafik sempena sambutan Tahun Baharu China dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol.
PLUS berkata, lebih ramai kakitangannya akan ditempatkan di lorong SmartTAG bertujuan membantu sekiranya timbul isu pembayaran.
“PLUS juga telah menempatkan pembantu khidmat pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan peranti…