Site icon Hot FM

‘Lover’ Nyanyian Taylor Swift Disambut Baik Peminat Dengan Lebih 29 Juta Tontonan di Youtube

Selepas seminggu dilancarkan menerusi laman Youtube, video muzik lagu ‘Lover’ dari album ketujuh Taylor Swift diterima baik oleh peminat dengan meraih lebih 29 juta tontonan.

Video berdurasi hampir empat minit tersebut dimulakan dengan seorang kanak-kanak yang membuka hadiah berisikan bola salju.

Video tersebut turut diikuti dengan pemandangan pada sebuah rumah dalam bola salju itu.

Dalam rumah tersebut, Taylor Swift dan kekasihnya menjalani kehidupan bersama mulai dari berenang di aquarium bersama, bermain alat muzik dan scrabble.

Taylor Swift - Lover

Rata-rata memberikan reaksi positif terhadap lagu baru Taylor Swift memandangkan melodi dan liriknya mudah diingati.

Exit mobile version