
PETALING JAYA: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai kuasa menyiasat atau “membersihkan” Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang salah laku, kata Ahli Parlimen pembangkang.
Azam, yang didakwa memiliki dua juta saham dalam syarikat senaraian awam, semalam, “dibersihkan” daripada sebarang salah laku susulan Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang, menyatakan akaun dagangan Azam digunakan adiknya, Nasir, bagi tujuan pembelian saham.
Dalam sidang media bersama dengan enam Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, berkata terma rujukan tidak memberi mandat kepada LPPR menyiasat atau membersihkan mana-mana individu dalam SPRM daripada salah laku.
“Bagaimana boleh lembaga penasihat mempunyai kuasa menyiasat…