Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin berkata lembaga pengarah universiti memainkan peranan sebagai wakil kerajaan dan kepentingan awam dalam IPTA bagi tujuan semak dan imbang.

PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bertanggungjawab memastikan segala hala tuju dan pertimbangan yang dibuat oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehala kepentingan nasional, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin.
Beliau berkata, ia memainkan peranan sebagai wakil kerajaan dan kepentingan awam dalam IPTA bagi tujuan semak dan imbang, terutama mengekalkan kepercayaan masyarakat umum terhadap sistem pendidikan.
“LPU mesti menggunakan pengalaman, pengaruh, dan kepelbagaian jaringan mereka untuk melonjakkan prestasi universiti, pada masa yang sama menjadi pihak paling bermaklumat dan terkini melalui pelbagai latihan…