Hot FM

LRA Sungai Linggi kembali beroperasi, kata Aminuddin


Sebelum ini, Syarikat Air Negeri Sembilan mengesan bau minyak yang tinggi di Sungai Linggi menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan. (Gambar Facebook)

SEREMBAN: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata, pemberhentian operasi LRA selama beberapa hari itu memberi kesan gangguan bekalan air kepada seramai 37,000 pengguna di Port Dickson dan sebahagian Seremban.

“Sepanjang permasalahan gangguan bekalan air ini, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menyediakan 12 tangki statik di beberapa lokasi utama dan menghantar bekalan air ke kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Sains memaklumkan operasi di LRA itu terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah kerana terdapat bau minyak yang tinggi iaitu pada kadar 19 ton.

Terdahulu, Aminuddin berkata operasi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version