Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata depoh LRT dibina di tapak sedia ada berbanding rancangan asal di atas pulau buatan PSI.

GEORGE TOWN: Rancangan pelaksanaan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka bermula lebih awal selepas kerajaan persekutuan dan negeri bersetuju untuk membina depoh LRT di tapak tanah sedia ada berbanding rancangan sebelum ini iaitu membinanya di atas pulau buatan dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kedua-dua pihak kini meneliti beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan seperti lokasi depoh berkenaan, yang akan membabitkan sama ada tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ataupun tanah kerajaan persekutuan.
“Terdapat dua hingga tiga kawasan yang sedang dilihat dan apabila ia dimuktamadkan, pihak kami menjangkakan tender untuk pembinaan fasa…
