Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

LTSIP dinaik taraf lapangan terbang antarabangsa

today2 May 2024

Background


Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) melibatkan kos RM440 juta. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Kerajaan persekutuan bersetuju dengan cadangan Kelantan bagi menambah 400m lagi landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata beliau akan meminta Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

β€œFasa satu sudah siap dan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud ucap terima kasih tapi beliau minta tambah lagi landasan sepanjang 400m untuk menjadikan Kelantan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

β€œOleh itu, kerajaan persekutuan bersetuju untuk menambah landasan tersebut dan kita akan laksanakan secepat mungkin supaya jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Pusat Transformasi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post