Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Luah Isi Hati Dalam Lagu, Puteri Sarah Angkat Semangat Wanita

today10 March 2023

Background

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil dengan buah tangan terbaharu buat peminat menerusi single pertamanya yang berjudul, Terus.

Lagu yang menjadi simbolik untuk dirinya terus kuat menghadapi dugaan hidup itu telah dihasilkan oleh komposer Faizal Ulwi dengan bait lirik dan melodi yang mendalam.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga merupakan gandingan pertama kalinya bersama Sarah Fazny dan Zayani yang turut mewakili dirinya.

Menurut Sarah, dia berasa lega lagu ini akhirnya dapat diperdengarkan kepada peminatnya sekali gus ingin membangkitkan semangat buat wanita yang senasib dengannya.

β€œLagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. TERUS memang mewakili isi hati saya.

β€œSaya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu.

β€œSehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.

β€œKita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut menjelaskan bahawa lagu tersebut telah dilancarkan pada 8 Mac kerana sempena Hari Wanita Sedunia dan ingin terus ‘move on’ dengan apa yang berlaku.

β€œSaya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”

“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, Sarah Fazny merupakan penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Legend 2014 yang menjadi protege kepada Datuk Amy Search manakala Zayani pula merupakan peserta program 3 Juara 2016.

TERUS nyanyian Sarah Fazny ft Zayani sudah boleh didengar menerusi semua platform digital secara rasmi bermula 8 Mac.

Manakala, video muzik pula sudah mula ditayangkan di YouTube Indigital Music.

Written by: Salma