
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa pengundi di Melaka yang tidak berpuas hati dengan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak agar menyuarakan pandangan mereka melalui peti undi pada Sabtu ini.
Beliau yakin ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan keputusan tahanan rumah itu, namun menegaskan bahawa kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dan kedaulatan undang-undang mesti dihormati.
“Saya yakin ramai yang tidak boleh terima hakikat bahawa Najib dibenarkan jalani hukuman di bawah tahanan rumah. Semestinya, kita hormati kuasa Agong, Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang. Pengampunan sememangnya diperuntukkan di bawah perlembagaan.
“Sama ada kita terima keputusan itu atau tidak, kita boleh suarakan pendirian melalui peti undi,” katanya pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Ayer Keroh.
Terdahulu hari ini, Loke meletak jawatan…