Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Luah Rasa Kesal, Bekas Menantu Zainal Abidin Tak Reda Dianiaya

today9 February 2024

Background

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mendedahkan dirinya tidak akan memaafkan dan tidak reda terhadap segala perbuatan keji diterimanya selama ini.

Menerusi hantaran video di platform TikTok, Sofia meluahkan perasaan sebak melihat anak sulungnya melakukan aktiviti di sekolah.

Lebih menyentuh hati, video tersebut turut memaparkan foto-foto Sofia memeluk erat anak-anaknya sambil menangis, seakan terkenang segala memori silam peritnya.

Dalam pada itu, Sofia berharap mereka yang cuba untuk memisahkan hubungannya bersama anak-anak akan segera mendapat hidayah.

“Lindungilah anak-anakku Ya Allah, jauhkanlah mereka dari segala bahaya. Mereka masih kecil, Ya Allah.

“Doa aku semoga mereka yang berniat memisahkan anak-anakku dari aku diberikan hidayah dan pengajaran.

“Aku reda dengan setiap yang berlaku namun aku tidak reda dengan perbuatan manusia yang menganiaya aku dan anak-anakku.

“Setiap mereka yang bersubahat dan bersama dalam mempertikaikan aku ibu kepada anak-anakku, diberikan rasa sakit yang sama aku lalui,” tulisnya di kapsyen.

Zainal Abidin

@sofiasmeth

💕💕💕🥹 besar dah anak-anak mommy. Macam baru je bersalin ke korang. Zayne, mommy ingat lagi your first day masuk playschool. And now u are entering Primary School. Dear Seri, parut c-section kat perut mommy masih terasa lagi. No words to say kids…Love you Both ❤️ Insya Allah… Sekali Ibu, Selamanya Ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mommy dimana jua anak-anak mommy berada. Lindungi lah anak-anakku Ya Allah… Jauhkanlah mereka dari segala bahaya. Mereka masih kecil Ya Allah. Doa aku semoga mereka yang berniat memisahkan anak-anak ku dari aku diberikan hidayah dan pengajaran. Aku redha dengan setiap yang berlaku namun aku tidak redha denga perbuatan mereka yang menganiaya aku dan anak-anak ku Ya Allah. Setiap mereka yang bersubahat dan bersama dalam mempertikaikan aku ibu kepada anak-anakku, diberikan rasa sakit yang sama aku lalui. Aku bersyukur Ya Allah, disebalik segala kejadian yang berlaku, Kau berikan aku banyak peluang serta rezeki seluas langit dan Kau tidak putus-putus datangkan orang-orang yang baik.. Aku doakan semoga mereka yang mendoakan yang baik-baik kepadaku dipermudahkan urusan serta doa yang sama kembali kepada mereka yang mendoakan aku tidak kira baik atau buruk. Yang baik kembali kepada yang baik, yang buruk kembalikan kepada yang buruk. Syukur Alhamdulillah… Aamiin…

♬ Merayu Tuhan – Tri Suaka

Sebelum ini, kemelut rumah tanga Sofia dan anak Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza menjadi perbualan hangat di platform media sosial.

Sofia dan Zaiza berkahwin pada 15 Januari 2016, namun bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2

Artikel Berkaitan: “Inilah Gila Talak!” – Dakwa Belum ‘Move On’, Suzur Sofia Dedah Masih Diganggu Anak Zainal Abidin Hassan… Siap Ada Akaun Palsu?

Artikel Berkaitan: “Aku Bersumpah Takkan Ada Lagi Kelahiran Zuriat Lelaki Dalam Keluarga Kau!” – Mental Diseksa,  Bekas Menantu Zainal Abidin Persoal Motif Bekas Suami Pisahkan Anak-Anak

Artikel Berkaitan: “Anak Tak Bersama Dengan Saya…” – Menantu Zainal Abidin Dakwa Yuran Sekolah Anak Diabaikan, Tak Malu Minta Tiket Penerbangan Murah?

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Jun Hao akui BATC kali ini lebih mencabar

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menyedari saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang membuka tirai minggu hadapan akan berlangsung lebih sengit berbanding edisi sebelum ini.

today9 February 2024