
PETALING JAYA: Percakaran antara pemimpin parti pemerintah yang berlarutan walaupun sudah memasuki tahun kedua usia kerajaan perpaduan memberi gambaran masih ada “luka lama” belum sembuh, kata penganalisis politik.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, bukan mudah “mendamaikan” pihak berseteru sekian lama atas faktor perbezaan ideologi, merujuk percanggahan pendapat antara Umno dan DAP mengenai cadangan Naib Pengerusi Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
“Jika khilaf ini tidak diurus dan ditangani dengan baik ia akan membentuk sebuah luka yang sukar diubati dan ini akan merugikan semua pihak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sehingga kini akar umbi Umno dan DAP masih berhati-hati terhadap kerjasama dua parti itu di…