Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Thomas Tuchel dilaporkan mahu menjual Lukaku pada jendela perpindahan akan datang hanya selepas semusim pemain itu menyertai semula Chelsea.
Tuchel merasakan bahawa Lukaku semakin merosot prestasinya dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Keputusan Tuchel untuk tidak memasukkannya dari bangku simpanan pada aksi berdepan Everton – ketika pasukannya ketinggalan – telah menjadi tamparan hebat buat pemain termahal dalam sejarah kelab itu.
Kamera merakam detik Lukaku cuma termenung ketika Tuchel menggunakan pertukaran terakhirnya di Goodison Park.
Lukaku dibeli semula dengan nilai £100 juta ($136 juta) dari Inter Milan.
Walaupun memulakan kariernya dengan baik dalam beberapa perlawanan awal. Tetapi selepas itu Lukaku tidak menepati jangkaan Tuchel dan peminat.
Keadaan diburukkan lagi apabila Lukaku dengan terbuka mengutuk taktikal Tuchel sebagai sebab dia gagal mendapatkan banyak…