Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim bakal menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2021 dan saingan AFC B-23 Tahun pada 30 April ini selepas menamatkan sesi latihat bersama kelabnya iaitu kV Kortrijk.
Persoalan mengenai kelibat Luqman bersama skuad bimbingan Brad Maloney muncul setelah pemain lain yang berpangkalan di luar seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro Numazu) dan Nooa Laine (SJK Seinäjoki) sudah menyertai kem latihat pusat.
ETA Luqman: 30 April 2022 https://t.co/NEX2iWOOIt
— Ahmad Fazli Mohd Yadi (@SangAjiz) April 26, 2022
Khidmat Luqman Hakim masih ditagih oleh skuad muda negara tatkala beliau telah beraksi bersama pasukan senior di beberapa perlawanan persahabatan dan kejohanan antaranya Piala AFF Suzuki 2020 serta saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab…