Hot FM

Luruan monsun dijangka berterusan hingga 24 Disember



PUTRAJAYA: Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berlarutan hingga 24 Dis ini dan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung, dan timur Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Mohd Ali, berkata laporan daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang diterima oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) petang tadi memaklumkan, keadaan itu juga akan menyebabkan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Berikutan itu MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor hingga 21 Dis, manakala amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan hingga 22 Dis,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diselaraskan oleh Nadma mula diaktifkan pagi tadi.

Justeru, semua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version