Hot FM

Maaf tak cukup, Ahmad Maslan perlu letak jawatan atau dipecat, kata Aziz


Aziz Bari berkata Ahmad Maslan yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan sejak era BN sepatutnya memahami prinsip berkenaan serta implikasi jika melanggarnya.
PETALING JAYA:

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan perlu meletakkan jawatan atau dipecat daripada pentadbiran kerajaan perpaduan meskipun Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah menerima permohonan maafnya berhubung kontroversi pantun di Dewan Rakyat, kata pakar undang-undang perlembagaan Aziz Bari.

Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi berkata permohonan maaf itu tidak memadai kerana tindakan Ahmad membabitkan pelanggaran prinsip tanggungjawab bersama Kabinet seperti diperuntukkan dalam Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Ahli Parlimen Pontian itu bukan sahaja gagal menjalankan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran, malah bertindak seolah-olah wakil pembangkang apabila menggunakan pentas Parlimen untuk mengejek kerajaan dan berkempen bagi pihak pembangkang.

“Walaupun PMX (Anwar) menerima…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version