
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas yang berada bawah pengaruh alkohol cuba menembak polis menggunakan senapang patah di rumah panjang Nyawin, Dalat, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Dalat, Saga Chunggat, berkata dalam kejadian 2.10 petang semalam, suspek berusia 62 tahun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.
“Terdahulu, polis di Balai Polis Stapang menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki mengugut penduduk di sebuah kedai di Tamin.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi berkenaan, namun, suspek sudah beredar,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, polis berjaya mengesan suspek di sebuah rumah panjang itu 20 minit kemudian.
“Setibanya di rumah Nyawin suspek duduk di tangga rumah panjang bersama selaras senapang patah disandangnya. Suspek seterusnya mencabar dua…