
Seorang anak kapal kabin yang sebelum ini dituduh memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kematian seorang individu dan mencederakan seorang lagi pada 24 Okt kini berdepan tuduhan membunuh.
Iman Nafiz Fong Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothi. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia dituduh membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar, menghala ke Jalan Parlimen, pada 4.09 pagi, 24 Okt.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Dua hari lalu, Iman Nafiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu dengan kadar alkohol dalam darah 64mg bagi…