Menerusi video yang dimuat naik oleh @sadpizi_ di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki sedang beratur di mesin autopay di suatu tempat yang tidak dikenal pasti.
Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila mereka tiba-tiba keluar daripada barisan setelah rakan mereka selesai membayar tiket parking. Aksi tersebut turut membuatkan orang yang beratur di belakang mereka terkejut.