Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Macam Dalam MRT’ – Suara ‘Voice Over’ Wanita Ini Berjaya Raih Perhatian Netizen

today4 August 2022

Background

Sekiranya anda berada di lapangan terbang, hospital atau tren MRT, pastinya anda pernah mendengar suara wanita yang membuat pengumuman. Suaranya yang jelas dan lunak secara tidak langsung memudahkan orang ramai memahaminya dengan mudah.

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok @nani.roc, beliau telah berkongsi bakat yang dimilikinya dengan membuat voice over secara santai dan juga komersial yang secara tidak langsung berjaya menarik perhatian netizen.

Semuanya bermula apabila beliau telah mendapat permintaan daripada seorang netizen bernama Aidiel yang komen untuk membuat bunyi penggera untuknya. Selain itu, beliau juga turut mempamerkan bakatnya dalam membuat voice over bagi pengumuman hospital.

@nani.roc

Bila potential client minta kita sample VO, kita wajib bagi sekurang-kurangnya 3 demo suara dan intonasi berbeza okay? So mana satu yang sesuai? 😝 #voiceover #freelancer #voiceovertalentmalaysia #fyp

♬ original sound – Nani Roslan – Nani Roslan

@nani.roc

Replying to @aidielysf haa asyik spam request je kannnn hshshshs jgn mareee aaaa gurau

♬ Alarm untuk golongan B40 – Nani Roslan

Menerusi suara emas yang dilakukan, para netizen nampaknya sangat teruja dan terhibur dengan gaya suara wanita ini. Terdapat netizen yang memohon agar namanya mereka pula disebut. Tidak kurang juga yang ‘terasa’ dengan pesanan wanita ini buat Aidiel dalam video.

Sumber: TikTok @nani.roc
Sumber: TikTok @nani.roc

Selain itu, ramai yang mengharapkan agar wanita ini diberikan lebih banyak tugas melibatkan voice over berikutan bakat yang dimilikinya. Setakat artikel ditulis, video wanita ini mengenai alarm buat Aidiel telah meraih 4.7 juta tontonan serta lebih 9,000 komen.

Written by: Mimieyuzi


Previous post