Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Macam Kembar… Penampilan Mimi Ernida Disamakan Persis Aktres Popular Bollywood Alia Bhatt!

today27 June 2022

Background

Pelakon Mimi Ernida baru-baru ini mencuri tumpuan peminat dan rakan selebriti lain apabila tampil dengan imej ala-ala watak dalam filem popular Netflix, Gangubai Khatiawadi.

Selain memiliki rupa paras jelita persis pelakon Bollywood, tidak hairanlah apabila ada yang menggelarnya sebagai Alia Bhatt Malaysia terutamanya ketika tampil dan mengenakan busana seperti watak dalam filem tersebut.

“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,” tulis Mimi di Instagram.

Menerusi tinjaun di laman sosial miliknya pula, rata-rata rakan artis dan peminat memuji ‘effort’ pelakon ini dan berharap agar produksi Malaysia meletakkan nama Mimi Ernida dalam senarai pelakon jika ingin menerbitkan filem ala-ala Bollywood.

Dalam pada itu, beberapa video Mimi yang menjelma sebagai Alia sohor kini di TikTok dan mendapat lebih 330,000 tontonan sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu.

 

Sekadar info, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010. Antara filem lakonannya sebelum ini adalah Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Gangubai Kathiawadi yang boleh disaksikan menerusi Netflix itu dilancarkan pada Februari lalu. Selain Alia, filem itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.

Written by: Aqilah


Previous post