Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Macedonia Utara hanya mempunyai 90 minit untuk memenuhi impian beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar apabila mereka dijadualkan bertemu Portugal pada perlawanan terakhir playoff awal pagi Rabu ini waktu Malaysia.
Negara dari Balkan itu mengejutkan Itali di Palermo, Khamis lalu apabila menang 1-0 hasil jaringan Aleksandar Trajkovski pada tambahan masa, sekaligus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia.
Pemain tengah Macedonia, Elif Elmas berkata keyakinan mereka kini meningkat selepas menyingkirkan juara euro itu dan tidak sabar untuk turun ke padang memenuhi impian sejak kanak-kanak.
“Jujurnya, ini perlawanan yang paling sukar dan paling dinanti-nantikan oleh kami semua. Kami cuma ada 90 minit untuk memenuhi impian sejak zaman kanak-kanak, bukan saja kami tetapi seluruh rakyat di negara ini,” katanya.
Football: North Macedonia have ’90 minutes to fulfil’ World Cup…