
YAN: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengambil langkah meningkatkan pengeluaran tanaman kontan dalam usaha untuk membantu mengimbangi kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.
Pengerusi MADA Ahmad Tarmizi Sulaiman, berkata langkah tersebut dilaksanakan melalui dua projek iaitu Projek Tanaman Kontan B40 dan Program Pemerkasaan Ekonomi Golongan B40 Usahawan Agro yang dijalankan bermula Mac tahun ini.
“Projek ini bertujuan untuk menambah pengeluaran tanaman kontan, sayur-sayuran dan rempah ratus dalam usaha meningkatkan pendapatan petani dengan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM4,850 setahun.
“Peningkatan pengeluaran hasil tanaman kontan ini, MADA turut berharap ia…