Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Madammu Kongsi Foto Baby A Selepas 3 Bulan Bersalin, Comelnya!

today8 September 2023

Background

Usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan panggilan Madammu akhirnya mendedahkan wajah anak bongsunya, Ahmad Kayden Muhammad Azri di Instagram miliknya pada pagi Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Madammu memaklumkan selama hampir tiga bulan merahsiakan wajah anaknya itu, kali ini dia mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah Kayden kepada umum khas untuk tatapan netizen yang mengikuti perjalanan proses In Vitro Fertilization (IVF) yang dilakukannya sebelum ini.

 

Berkongsi dengan lebih lanjut, Madammu memaklumkan berat badan anaknya itu kini sudah mencecah 6.2 kilogram selain aktif dan suka ketawa.

“Assalamualaikum aunty semua, saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.

“Hari ini genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kilogram(kg). Saya sangat aktif dan suka ketawa! Gambar ni khas untuk aunties yang mengikuti journey IVF mummy saya dari awal sehingga berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Madammu juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital terutamnya kepada doktor dan jururawat yang banayak membantunya sepanjang proses IVF dan melahirkan.

“Tidak lupa kepada Dr Haris danΒ  Dr Datuk Aziz yang banyak membantu mummy Saya dalam proses IVF dan melahirkan saya. Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik dan jadi anak taat serta berjaya. I love you Aunties!,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERIYCA BAIDURI (@madammmu)

 

Written by: Salma