

Bekas ketua audit negara Madinah Mohamad menafikan pernah meminta untuk hadir di depan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) bersama pegawai audit lain.
Jelasnya, Timbalan Pengarah Audit Kewangan Jabatan Audit Negara ketika itu, Mona Othman, hanya bersamanya di luar bilik prosiding untuk ‘bersiap sedia’ jika maklumat teknikal tambahan berkaitan TH diperlukan.
Beliau berkata, dakwaan ahli RCI dan Pengerusi TH semasa, Rashid Hussain berhubung isu kehadirannya pada prosiding itu “tidak tepat”.
“Saya tidak pernah minta untuk hadir dalam bilik prosiding bersama Mona, sebaliknya Mona hanya ‘standby’ di luar sekiranya ada soalan berkaitan bentuk teknikal.
“Tidak pernah saya minta untuk masuk ke dalam bilik prosiding bersama Mona. Ketika itu (petugas) sekretariat keluar daripada bilik prosiding dan…