Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Madu Marissa Dania Kongsi Foto Dengan Suami Untuk Elak Fitnah

today15 April 2024

Background

Madu kepada pempengaruh Marissa Dania, Umisya Mazlan tampil berkongsi foto raya bersama suaminya, Aslam.

Terdahulu, pelakon Abby Abadi yang merupakan ibu kepada Marissa telah memuat naik video Aslam beraya dengan mereka sekeluarga.

Artikel Berkaitan: “Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Enggan timbulkan sebarang spekulasi, Umisya menjelaskan tujuan dia berkongsi foto tersebut kerana mahu mengelak fitnah dari kalangan warganet selepas didakwa sudah tidak bersama lagi.

“Pose First eid mubarak. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami. Yang bertanya, ya. kami masih bersama.

“Misya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan Lain-lain.

“Untuk kenangan dan mengelak fitnah hari ini misya post gambar eid bersama yang diambil masa first Hari Raya.

“A wise woman, choosing to stop arguing for the sake of Allah, with someone who’s clearly shown they refuse to listen or understand . No hate okiee (okay),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Written by: Aqilah


Previous post